Sunday, January 30, 2011

Kisah Banjir

Salam Sejahtera everyone.

Dalam mode hujan lebat renyai dan berhenti seminit dua je, kerja yang rajin dilakukan adalah TIDO! dan makan saja...hati meronta-ronta nak keluar town tapi hujan memang tak mengizinkan. Kalau tak,boleh lah menjenguk lokasi air naek di Kluang ni.
That's mean,Kluang dah start banjir. Area lain macam mane ye? Last Kluang banjir about 4 years ago,masa saya ada di Kedah. Dup dap dup dap jugak la nak balik tapi naik bas kan. So,tak jadi la masalah...
Since weekend hanya di rumah ditemani makanan yang bertimbun sesuai untuk berhibernasi. hihihih.
Esok keja,tengoklah macam mane keadaan kat luar sana...

Here the pictas yang saya pinjam dari kengkawan fb....

Lokasi? saya pun tak tau...

Jambatan Yap Tau Sah,Kluang

Taman Sri Kluang

p/s : thanx to pemilik foto (Alleph Ramly & Mohd Fitri). :D
Ok guys,thanx for reading. *love*

Wednesday, January 19, 2011

Hash Potato + Coleslaw.

Salam Sejahtera sume...

Nah! Hobi saya bila kebosanan adalah masak-memasak. Tapi masak yang simple simple je la. Yang main campak,lepas tu siap! Senang kan? Kali ni konon-konon nak buat hash potato (yang selalu saya cakap hash brown) macam kat mcd tu. Tapi gagal! Dia tanak melekat. Jadi lah kentang cincang goreng. hihihi.
Macam mane ni. Kena try and error lagi lah lepas ni. =/
Lepas tu rajin pulak buat coleslaw. Rasanya ada la ala-ala kepsi sikit. Heheh. Janji kenyang! :)

Hash Potato yang berderai dalam kuali....

Coleslaw~ nyum2!

Makan camni pun best jugak...

Ahah! Ok tak untuk menghilangkan lapar? Sory gambar blur2 sikit.
Thanks for reading. *love*

Sunday, January 16, 2011

M E N A N G I S

SAYA SEDIH!

Bila saya stress, SAYA MENANGIS!

Bila saya kecewa, SAYA MENANGIS!

Bila saya sedih, lagilah SAYA MENANGIS!

Saya hati rapuh. jiwa kacau. tenkiu!

Monday, January 10, 2011

C E R I T A . F A C E B O O K

Assalamualaikum kawan-kawan.

Korang mesti ada Facebook kan? The most popular social network and worth billion dolar. DOLAR ok! Kalau transfer to MYR,dah duduk je dekat rumah goyang kaki simpan untuk anak cucu cicit sekali. huh!
Siapa yang kayakan Mark Zurkerberg tu? Kita la kan! Sampai melekat 24jam. Addicted sangat masa mula2.Dah lama-lama,bosan dah kot. Tapi,the most valuable pasal facebook adalah kita boleh still connected dengan semua orang. DAN jumpa kawan-kawan lama...itu lah antara yang baik.Tak kurang jugak berlambak-lambak kisah buruk. Baca je lah dekat newspaper. Cerai,gaduh semua ada. haih~

Dan,dan dan paling penting.Mest korang jugak ada dengar rumors pasal Facebook will end on March kan? korang boleh rujuk sini ----> FACEBOOK WILL END ON MARCH 15TH
Nervous? Gelabah? Frust? Suka? Teruja? Sukahati korang nak rasa apa. Ada jugak dua tiga orang dari friendlist saya yang post pasal ni. Semua macam suka. cehhh!Tapi tak kisah pun. Dulu pun mana ada facebook kan.heheh (sedapkan hati)

Lepas tu,ada one of my friend yang post pulak yang ini. Secara logik,pk betul-betul. Kalau saya pun la kan,i won`t end up anythings yang worth billion dollars macam ni. gila!Baca yang ini pulak untuk meredakan kerisauan pada yang susah hati tu.

Haaaa.macam mana? Ok dah? Fikir-fikir kan dan selamat beramal!
Thanks for reading. *love*

Sunday, January 9, 2011

A I N O vs V I V A Z P R O

Selamat Pagi Cikgu!! *nada upin ipin ckit*
Hehehe. Bukan pagi,ni petang dah. Sejuk2 musim hujan. pehhhh. Kalau tarik selimut. syOOkk!
Hmmm. Kali ni pasal henpon. Sebab cik henpon n70 dah makin meragam-ragam. Penah sekali betulkan skrin je serat jugak la terbang melayang. Kali ni pun dia buat hal yang sama. Tapi,penganggur mana ada duit! Adoi~
So,untuk memuaskan hati marilah berangan-angan untuk memiliki salah satu henpon ini. Sony Ericsson pulak yeh! Tak nak pakai Norkiah dah. hihih.

SONY ERICSSON AINO.

Terpesona dengan warna putih dan skrin sentuh yg besar itu~
Camera pun okey ye! Good utk entertainment jugak~

SONY ERICSSON VIVAZ PRO

Elegant kan? Dengan HD dan QWERTY nye~
Hitam pun lagi lah. Fuh!
Dan dan. Dan sebenarnya,saya bukan kemaruk sangat nak henpon! tapi saya nak henpon sebabnya more to camera lah. Kalau tak dapat henpon, dapat ini pun jadilah. Kan? Tadaaaaaaaa~

Canon EOS 1000D

Dah! Cukup lah berangan. Mana la tau ada orang nak kabulkan impian. kan? kan? Wishlist for 2011 la ni. 
Aim for the best. If you failed,then you'll get better~

Thanks for reading. *love*

Thursday, January 6, 2011

G I R A F F E


Salam Sejahtera everyone. . .

Nah! kali ni nak share something yang sangat benefit pada korang semua terutama si jejaka-jejaka kat Malaysia ni. Idea comes lepas tengok Wanita Hari Ini petang tadi. Saya tak dapat percent pun dengan share benda ni tapi kan sharing is caring. weeettt! ;)
Pada lelaki-lelaki yang berketinggian rendah,ini berita baik untuk korang! GIRAFFE SHOES!
Lepas ni,korang dah tak perlu malu kalau nak keluar dengan aweks-aweks yang berketinggian model.
Semua kasut boleh menambah ketinggian dari 6cm-10cm. Cool rite? Ada dua showroom iaitu di Berjaya Times Square dan Sunway Piramid. Pergilah jenguk!
Cuma harga dia agak la mahal untuk orang2 macam saya ni. Tapi,why not kalau nak cuba. Mungkin berbaloi-baloi~












Hah! inilah antara model-model kasut Giraffe Shoes. Malas den nak letak namanye.hihih.
Oklah,korang jugak boleh layari laman web dorang. Mana lah tau nak shopping online je.

Ini je lah untuk kali ni.
Thanks for reading. *love*

Wednesday, January 5, 2011

Happy Birthday Muksu!

Salam Sejahtera. . .
Entry kali ni ditulis pasal dah kebohsanan tak dilayan oleh sidiadakukesah.gagagag~
Masa ni celebrate birthday makcik saya yg ke-42. Konon2 macam surpriseeeee! la. plan dengan adik sepupu,balik kerja terus berdesup pegi rumah makcik.
Together ngan pakcik saya sekali kan sampai dia sempat tapau kepsi. hihih.

28 Dec 2010,from kluang to batu pahat. with love. <3

Tanak cerita panjang2.jamu la mata dengan gambar yang tak seberapa ni sebab saya memang fail sikit pakai olympus milik si angah. ;)

Agak2 sedap tak? * Peppermint Ice-cream Cake*

Takkan kek saje kan? ok,kepsi satu!

Makanan untuk kunun2 surprise party. hikkk~

Tadaaaaa! Puan Halinda Baharim~

aiyaaaa~ ini la hasil tangan yg tak reti guna olympus tu!

Saya pun nak menyelit juga~

Okeh,selesai sudah. sikit je pun gambar. Ape2 pun happy sebab niat terlaksana. kek kecil yang tak seberapa. selamat hari lahir muksu! ;)

Thanks for reading. *love*

Sunday, January 2, 2011

I n i T a h u n 2011~

Dengan nama Allah. . .
Alhamdulillah akhirnya bertemu jugak dengan tahun 2011.
pomm! pomm! pom! *kunun2 mcm bunyik mercun pulak!*
walaupun saya tak pegi tengok bunga api ke ape,tapi tetap bangga dapat menginjak ke tahun ke-11 abad ke-20 ini. Apa yang boleh dikata,mulakan hidup baru,keyakinan baru dan berhijrah menjadi lebih baek. Amin. So,everyone, im wishing you Selamat Tahun Baru Masihi 2011. Semoga menjadi lebih baik dan berwawasan. Keep moving up and don't ever look down on people. love. ♥

p/s : tahun baru,belog pun baru lah. semoga segala usaha menjadi. ;) 

Thanks for reading. *love*