Thursday, August 4, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa untuk tahun ini.

Alhamdulillah juga kerana kita masih bernafas untuk menikmati keberkatan Ramadhan sekali lagi.
Semoga segala dugaan walaupun berat hati ini nak menanggung,dapat dilalui dengan tabah dan sempurna.

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”  
– al-Baqarah : 286  
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 
 
Alhamdulillah ya Allah kerana mengingatkan aku supaya mengingatiMu.
Sesungguhnya aku memang manusia yang lalai dalam kesenangan.

So,sempena Ramadhan Al-Mubarak ini,kita sama-samalah memperbanyakkan amal,sedekah dan jariah. bila lagi nak berbuat kebaikan kan? semoga segala amalan kita diterima. *amin.
 

Thanks for reading. *love*

Sunday, June 26, 2011

Terrible Neighborhood!

Hai,assalamualaikum..
Firstly i think should say sorry with my writing today.
It may hurt people but i think,saya mesti share dengan korang apa yang mereka dah buat pada kami. especially pada my parents.
Dah bertahun simpan,and now it just exploded!

Kisah 1 :
Kitorang tak tau apa masalah yang kitorang dah timbulkan yang boleh create rasa tak puas hati mereka. Apa masalah diorang hah? One day,my mother received a forwarding message from her friend, Pakcik Y. the text message was send by Pakcik S,which is my neighbour. Boleh tak dia nak sound my family guna orang tengah? He just say don't do this,don't do that. Jangan buang sini,jangan park sini. Hello! What's the point of having neighbor la kalau tak boleh buat itu ini. Duduk dalam gua la baru takde gangguan. Abah aku dah la memang hangin dengan kamu kan pakcik! lagi tambah la hangin kebencian orang tua tu. takde makna la nak buat2 baik. kitorang tak pernah sentuh hal peribadi dan periuk nasi korang pun. tak payah la nak sakit hati sangat. kitorang bukan kaya pun kau nak sakit hati. cuma makan pakai cukup je ok. 

Kisah 2 :
Ok. yang ini lagi teruk. penghinaan dia pada keluarga kami lagi la terasa duduk bawah tapak kaki tau. dulu mak saya jaga anak orang. ramai. sangat ramai. termasuk anak dia. keluarga kitorang takde la miskin. tapi mak abah sangat berusaha untuk membesarkan kami. abah pegi kerja pun hanya naik motor. kalau ada urgent terpaksa pinjam kereta orang. see. dengan macam ni pun orang sakit hati kan?dia pernah cakap pada mak,"sampai bila awak nak jaga anak orang. awak ni dah la takde emas,takde kebun." SUMPAH! kata-kata itu la mak ingat sampai sekarang. kami adik-beradik pun ingat. tapi mak tak pernah ketuk pintu mintak orang makanan. tapi dia sampai hari ni,hampir hari-hari mintak itu ini. tepung,gula,bawang,telur. senaraikan saja...anak dia yang pernah mak jaga,hari ni jadi manusia.ada dia hargai?? dan,kesakitan hati ini makin meluap-luap bila dah mula sound family aku. yang penting,dia sound pada aku. "jijie,kenapa buang bekas dalam longkang saya?". "jijie,jangan lepaskan kucing awak,dia masuk rumah saya" (halaman rumah je tau tak!). "jijie,tengok kucing awak muntah. awak penat,saya pun penat nak bersihkan." (*muntah yang sebesar duit syiling je pun.muntah air daun) bukan kena sental bagai. jirus je dengan air. dia punya tak puas hati dengan family aku sampai lah sekarang. kami bila sofa,dia beli jugak. kami beli tv,dia nak jugak. sungguh aku tak faham dengan perangai mereka.

Inikah yang dinamakan jiran?its so terrible feel. ada jugak yang dulu teruk,sekarang sangat baik. alhamdulillah,my parent tak pernah menyusahkan mereka. itu lah,kita saja yang nak jaga hati orang. orang tak pernah nak tau perasaan kita. ada pernah suatu ketika,aku ajak my parent pindah dari sini. banyak sangat orang dekat sini yang melukakan hati mereka.
tapi,life must go on. kami hanya pekakkan telinga dan THANKS pada neighbors yang tahu menjaga hati dan FAHAM KONSEP KEJIRANAN!

one of my friends kata,"ingatkan dalam tv je macam ni". it is for real,dude!
info : * kucing suka makan daun untuk mencuci perut mereka. sebab itu kucing akan muntah kemudiannya.

friends,thanks for reading. *LOVE*



Wednesday, May 25, 2011

tak keruan...

Hari ini macam tak keruan pula..
itu salah. ini salah.
semua serba tak kena jadinya.
kenapa eh?
rasa macam nak pergi padang pasir,duduk berjemur je.

tulisan biru konon nak ambil mood cool.
tapi otak,hati keadaan semua serabut.
berdebar-debar tapi saya tahu apa penghujungnya.

hah! padan lah tanggung akibat buat dosa.
tak kisah lah.
saya nak orang lain bahagia,
walaupun tanpa saya.
chill~ <3

*sorry seems to be the hardest word.
but forgiving people is the hardest things to do.

Tuesday, May 3, 2011

luluh hilang semangat

Kenapa hari ini jadi begini?
Kenapa hari ini rasa sangat-sangat begini?
Kenapa semuanya berlaku hari ini?
Ya Allah,kenapa aku juga yang laluinya saat ini?

Give me some strength. Give me someone so that I can share my feeling. 
Semua tanak memahami. 
Sujud sembah ke bumi. Sujud menghadap Ilahi. Bila aku pula akan pergi?
I feel so down! :(

Friday, April 22, 2011

JATUH!!

Assalamualaikum..
Oh my bad day~ :(

Semalam saya jatuh tangga di pusat tuisyen. Then sempat mengajar lagi. Balik rumah tak boleh tidur sebab kaki start denyut2 dan bengkak. More worst tak boleh jalan! *Nangis sorang-sorang je lah* Aisehhhh~ Padanlah daulat dan berdosa merayap time maghrib.Today kena urut lah...Hmmm. Maybe kejap lagi tunggu mak balik sekolah. Dah la tak boleh mc. :(

Ok lah,that's all for this time.

Thanks for reading. *love*

Sunday, April 17, 2011

Bags Heart Shop!

Assalamualaikum..
Okeh,ini update terbaru.


Wah!! Ape tu? Ape tu? Tadaaaaaa~ Introduce my online shop! Dah siap juga akhirnya..it's about 2,3 weeks sebenarnya tapi tak sempat nak update kat blog.
Blog pun tak update kan. hahah. -_-"
So,anyone feel free to visit us today! @Bags Heart Shop
If ada apa2 komen yang membina,silalah bagitau ye. Anything can be improve from time to time. 
Do support us,girls~ :D

Okey lah, that's all untuk kali ni...


Thanks for reading. *love*

Sunday, March 13, 2011

no UPDATE.

Salam Sejahtera semua yang membaca.

Rasa-rasa macam dah lama tak update. dan tak tau nak update entry ape. malas nak tulis yang merepek meraban dan yang bukan-bukan tak ada kena mengena.
Haish. tak ada yang special cuma i just want to inform yang saya dah mula berjinak-jinak dengan business online. Baru je menjelajah lokasi,usha2 barang dan keadaan. kedai online dah siap tapi belum exposed sebab barang belum masuk.
I'll inform you guys once dah siap everythings okeh~
Tapi kalau rase2 nak jalan2 shopping online tu singgah la sini ---> 1ClickShoppe
Satisfaction Guaranteed punya. :D

Ok,then. That's all untuk kali ini.
Thanks for reading. *love*

Sunday, February 6, 2011

Dunia Baru, CiKGU!

Salam Sejahtera everyone.

Now, saya dah bekerja. Pekerjaan baru,dunia baru. Berjaya juga memenuhi cita-cita si ibu. Walaupun secara tak bertauliah dengan title 'Guru'.Thanks anak muridku yang sudi panggil saya cikgu or teacher. Seronok melayan budak budak primary. Dorang takkan membantah,buat muka or etc. Tapi dorang akan banyak tanya. Itu lah,ini lah...
Mungkin macam itu lah kita masa time sekolah dulu kan. hihi...
It's almost 2 weeks saya mulakan tugas baru dan buat masa skarang saya full-timer tuition teacher di Pusat Tuisyen Brem. Dan dan saya juga ajar tuition kepada sape sape yang mahu...Sila la contact saya ye. hehe. Hanya free pada hari ahad untuk mengajar. :D

Saya takde pictas student nak upload sebab tak boleh bawa henfon masuk kelas la. rules~!

Cikgu nak pegi mengajar~

Cikgu pun kena buat revision~

Bila dah tak ada keja....~


Ok,then. that's enough untuk kali ini...
Thanks for reading! *love*

Sunday, January 30, 2011

Kisah Banjir

Salam Sejahtera everyone.

Dalam mode hujan lebat renyai dan berhenti seminit dua je, kerja yang rajin dilakukan adalah TIDO! dan makan saja...hati meronta-ronta nak keluar town tapi hujan memang tak mengizinkan. Kalau tak,boleh lah menjenguk lokasi air naek di Kluang ni.
That's mean,Kluang dah start banjir. Area lain macam mane ye? Last Kluang banjir about 4 years ago,masa saya ada di Kedah. Dup dap dup dap jugak la nak balik tapi naik bas kan. So,tak jadi la masalah...
Since weekend hanya di rumah ditemani makanan yang bertimbun sesuai untuk berhibernasi. hihihih.
Esok keja,tengoklah macam mane keadaan kat luar sana...

Here the pictas yang saya pinjam dari kengkawan fb....

Lokasi? saya pun tak tau...

Jambatan Yap Tau Sah,Kluang

Taman Sri Kluang

p/s : thanx to pemilik foto (Alleph Ramly & Mohd Fitri). :D
Ok guys,thanx for reading. *love*

Wednesday, January 19, 2011

Hash Potato + Coleslaw.

Salam Sejahtera sume...

Nah! Hobi saya bila kebosanan adalah masak-memasak. Tapi masak yang simple simple je la. Yang main campak,lepas tu siap! Senang kan? Kali ni konon-konon nak buat hash potato (yang selalu saya cakap hash brown) macam kat mcd tu. Tapi gagal! Dia tanak melekat. Jadi lah kentang cincang goreng. hihihi.
Macam mane ni. Kena try and error lagi lah lepas ni. =/
Lepas tu rajin pulak buat coleslaw. Rasanya ada la ala-ala kepsi sikit. Heheh. Janji kenyang! :)

Hash Potato yang berderai dalam kuali....

Coleslaw~ nyum2!

Makan camni pun best jugak...

Ahah! Ok tak untuk menghilangkan lapar? Sory gambar blur2 sikit.
Thanks for reading. *love*

Sunday, January 16, 2011

M E N A N G I S

SAYA SEDIH!

Bila saya stress, SAYA MENANGIS!

Bila saya kecewa, SAYA MENANGIS!

Bila saya sedih, lagilah SAYA MENANGIS!

Saya hati rapuh. jiwa kacau. tenkiu!

Monday, January 10, 2011

C E R I T A . F A C E B O O K

Assalamualaikum kawan-kawan.

Korang mesti ada Facebook kan? The most popular social network and worth billion dolar. DOLAR ok! Kalau transfer to MYR,dah duduk je dekat rumah goyang kaki simpan untuk anak cucu cicit sekali. huh!
Siapa yang kayakan Mark Zurkerberg tu? Kita la kan! Sampai melekat 24jam. Addicted sangat masa mula2.Dah lama-lama,bosan dah kot. Tapi,the most valuable pasal facebook adalah kita boleh still connected dengan semua orang. DAN jumpa kawan-kawan lama...itu lah antara yang baik.Tak kurang jugak berlambak-lambak kisah buruk. Baca je lah dekat newspaper. Cerai,gaduh semua ada. haih~

Dan,dan dan paling penting.Mest korang jugak ada dengar rumors pasal Facebook will end on March kan? korang boleh rujuk sini ----> FACEBOOK WILL END ON MARCH 15TH
Nervous? Gelabah? Frust? Suka? Teruja? Sukahati korang nak rasa apa. Ada jugak dua tiga orang dari friendlist saya yang post pasal ni. Semua macam suka. cehhh!Tapi tak kisah pun. Dulu pun mana ada facebook kan.heheh (sedapkan hati)

Lepas tu,ada one of my friend yang post pulak yang ini. Secara logik,pk betul-betul. Kalau saya pun la kan,i won`t end up anythings yang worth billion dollars macam ni. gila!Baca yang ini pulak untuk meredakan kerisauan pada yang susah hati tu.

Haaaa.macam mana? Ok dah? Fikir-fikir kan dan selamat beramal!
Thanks for reading. *love*

Sunday, January 9, 2011

A I N O vs V I V A Z P R O

Selamat Pagi Cikgu!! *nada upin ipin ckit*
Hehehe. Bukan pagi,ni petang dah. Sejuk2 musim hujan. pehhhh. Kalau tarik selimut. syOOkk!
Hmmm. Kali ni pasal henpon. Sebab cik henpon n70 dah makin meragam-ragam. Penah sekali betulkan skrin je serat jugak la terbang melayang. Kali ni pun dia buat hal yang sama. Tapi,penganggur mana ada duit! Adoi~
So,untuk memuaskan hati marilah berangan-angan untuk memiliki salah satu henpon ini. Sony Ericsson pulak yeh! Tak nak pakai Norkiah dah. hihih.

SONY ERICSSON AINO.

Terpesona dengan warna putih dan skrin sentuh yg besar itu~
Camera pun okey ye! Good utk entertainment jugak~

SONY ERICSSON VIVAZ PRO

Elegant kan? Dengan HD dan QWERTY nye~
Hitam pun lagi lah. Fuh!
Dan dan. Dan sebenarnya,saya bukan kemaruk sangat nak henpon! tapi saya nak henpon sebabnya more to camera lah. Kalau tak dapat henpon, dapat ini pun jadilah. Kan? Tadaaaaaaaa~

Canon EOS 1000D

Dah! Cukup lah berangan. Mana la tau ada orang nak kabulkan impian. kan? kan? Wishlist for 2011 la ni. 
Aim for the best. If you failed,then you'll get better~

Thanks for reading. *love*

Thursday, January 6, 2011

G I R A F F E


Salam Sejahtera everyone. . .

Nah! kali ni nak share something yang sangat benefit pada korang semua terutama si jejaka-jejaka kat Malaysia ni. Idea comes lepas tengok Wanita Hari Ini petang tadi. Saya tak dapat percent pun dengan share benda ni tapi kan sharing is caring. weeettt! ;)
Pada lelaki-lelaki yang berketinggian rendah,ini berita baik untuk korang! GIRAFFE SHOES!
Lepas ni,korang dah tak perlu malu kalau nak keluar dengan aweks-aweks yang berketinggian model.
Semua kasut boleh menambah ketinggian dari 6cm-10cm. Cool rite? Ada dua showroom iaitu di Berjaya Times Square dan Sunway Piramid. Pergilah jenguk!
Cuma harga dia agak la mahal untuk orang2 macam saya ni. Tapi,why not kalau nak cuba. Mungkin berbaloi-baloi~












Hah! inilah antara model-model kasut Giraffe Shoes. Malas den nak letak namanye.hihih.
Oklah,korang jugak boleh layari laman web dorang. Mana lah tau nak shopping online je.

Ini je lah untuk kali ni.
Thanks for reading. *love*

Wednesday, January 5, 2011

Happy Birthday Muksu!

Salam Sejahtera. . .
Entry kali ni ditulis pasal dah kebohsanan tak dilayan oleh sidiadakukesah.gagagag~
Masa ni celebrate birthday makcik saya yg ke-42. Konon2 macam surpriseeeee! la. plan dengan adik sepupu,balik kerja terus berdesup pegi rumah makcik.
Together ngan pakcik saya sekali kan sampai dia sempat tapau kepsi. hihih.

28 Dec 2010,from kluang to batu pahat. with love. <3

Tanak cerita panjang2.jamu la mata dengan gambar yang tak seberapa ni sebab saya memang fail sikit pakai olympus milik si angah. ;)

Agak2 sedap tak? * Peppermint Ice-cream Cake*

Takkan kek saje kan? ok,kepsi satu!

Makanan untuk kunun2 surprise party. hikkk~

Tadaaaaa! Puan Halinda Baharim~

aiyaaaa~ ini la hasil tangan yg tak reti guna olympus tu!

Saya pun nak menyelit juga~

Okeh,selesai sudah. sikit je pun gambar. Ape2 pun happy sebab niat terlaksana. kek kecil yang tak seberapa. selamat hari lahir muksu! ;)

Thanks for reading. *love*

Sunday, January 2, 2011

I n i T a h u n 2011~

Dengan nama Allah. . .
Alhamdulillah akhirnya bertemu jugak dengan tahun 2011.
pomm! pomm! pom! *kunun2 mcm bunyik mercun pulak!*
walaupun saya tak pegi tengok bunga api ke ape,tapi tetap bangga dapat menginjak ke tahun ke-11 abad ke-20 ini. Apa yang boleh dikata,mulakan hidup baru,keyakinan baru dan berhijrah menjadi lebih baek. Amin. So,everyone, im wishing you Selamat Tahun Baru Masihi 2011. Semoga menjadi lebih baik dan berwawasan. Keep moving up and don't ever look down on people. love. ♥

p/s : tahun baru,belog pun baru lah. semoga segala usaha menjadi. ;) 

Thanks for reading. *love*