Thursday, August 4, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa untuk tahun ini.

Alhamdulillah juga kerana kita masih bernafas untuk menikmati keberkatan Ramadhan sekali lagi.
Semoga segala dugaan walaupun berat hati ini nak menanggung,dapat dilalui dengan tabah dan sempurna.

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”  
– al-Baqarah : 286  
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 
 
Alhamdulillah ya Allah kerana mengingatkan aku supaya mengingatiMu.
Sesungguhnya aku memang manusia yang lalai dalam kesenangan.

So,sempena Ramadhan Al-Mubarak ini,kita sama-samalah memperbanyakkan amal,sedekah dan jariah. bila lagi nak berbuat kebaikan kan? semoga segala amalan kita diterima. *amin.
 

Thanks for reading. *love*